
Warung Bambam ditubuhkan sejak tahun 2016. Warung Bambam menghidangkan sarapan santai ala kampung juga membawa hidangan yang berkonsepkan kopitiam, seperti roti bakar, roti stim, telur separuh masak.

Saya pun membuat pencarian dari gambar lama mereka, dan mengetahui bahawa mereka bermula dengan hanya sebuah warung kecil seperti warung tepi jalan yang biasa kita jumpai. Saya percaya mereka telah bekerja keras untuk mencapai prestasi hari ini.
Pada suatu hari, saya mencadangkan pada ibu, jom saya bawa ke sarapan pagi di satu warung.

Tempat letak kereta yang menghadap Warung Bambam
Warung Bambam ni sangat sistematik kerana mereka mempunyai sistem giliran. Saya suka cara ini kerana saya tidak perlu berdiri di sebelah meja makan orang dan menunggu pelanggan tinggalkan tempat duduk. Persekitaran di Warung BamBam kelihatan bersih, teratur dan mempunyai pengudaraan yang baik serta dilengkapi kipas. Tak terasa panas lar kan.


Sementara menunggu meja, bolehlah baca menunya dulu. hehehe….

Walaupun kami berada di sana pada hari minggu, meja makan telah diduduki sepenuhnya.

Saya memesan Kopi Ais. Kopi aisnya tidak terlalu manis. Memang sesuai citarasa saya.

Ibu pula memesan Sirap Bandung Cincau.

Bihun Kari – Sedap kuah karinya…..tak lah pedas sangat ataupun cair.

Lontong

Nasi Lemak Biasa

Roti Jala Kari Ayam
Walaupun pelanggannya ramai, tetapi makanan dihidangkan agak cepat juga.

Saya terjumpa tempat makan ini melalui media sosial. Memang tidak dapat menafikan kuasa media sosial hari ini. Pada lawatan pertama, hanya saya dan ibu. Tetapi selepas mencuba makanan di sini, saya mengambil keputusan untuk membawa adik saya ke sini kerana adik saya juga suka makanan Melayu.


Anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis kuih-muih tempatan di sini. Ia dibungkus dengan baik. Oleh itu ia kemas dan mudah untuk diambil dan pergi (tetapi jangan lupa bayar ye). Saya pun rasa beberapa jenis kuih dan rasanya sedap. Kegemaran saya ialah karipap pusing, kerana ia agak jarang di jual kini.
Di atas adalah makanan yang telah saya cuba. Di sebabkan ia adalah sarapan pagi kami, maka kami hanya memilih jenis yang ringan. Saya pasti akan kembali pada masa akan datang untuk mencuba lebih banyak jenis hidangan kerana makanan yang di cuba saya rasanya pun enak. Di Warung Bambam, mereka bukan sahaja menyajikan makanan yang enak tetapi juga layanan mesra mereka.
Baru-baru ni, Warung Bambam telah memenangi Anugerah 5-Bintang daripada GrabFood di kategori “Makanan Malaysia Terbaik”. Tahniah diucapkan! Memang layak dapatkan anugerah ini.
Lot 95, Kampung Chedang, Rasah, , 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telepon: 019-733 6022
Waktu Operasi: 7am – 12pm Setiap hari kecuali Jumaat
Bayaran Tunai / e-Wallet
wahhh BM post ah… makanan nampak sedap wei, murah pun murah. Saya ingat Bambam kpop.. haha!